Sunday 26 February 2012

Qiamullail Perdana PSS & KRU Feb 2012 Beaufort, Sabah



Masjid Pekan, Beaufort, SABAH - Pada tarikh 25 Februari 2012, QSTC telah dijemput oleh salah satu NGO iaitu Persatuan Siswazah Sabah (PSS) untuk mengendalikan slot Muhasabah pada sebelah malam. Program pada kali ini memilih tema 'Di Penghujung Cinta'. Sesuai dengan tema program yang telah dipilih, pihak QSTC telah menonjol peringkat-peringkat cinta dalam penyampaiannya.

Walaupun singkat, namun, diharapkan ianya mampu menganjakkan lagi cinta kita kepada manusia, Rasulullah dan Allah.

Friday 24 February 2012

Salam Maulidurrasul, SMK Sanzac, Kota Kinabalu, SABAH


SMK Sanzac, Kota Kinabalu, SABAH - Pada tanggal 24 Februari 2012, QSTC telah dijemput untuk menyampaikan ceramah tentang Rasulullah sempena program Salam Maulidurasul. Slot ringkas lebih kurang tiga jam ini, ternyata membawa para peserta yang terdiri daripada pelajar tingkatan satu hingga tiga mengenang dan mengenal Rasulullah dan sumbangannya kepada umat manusia.

Sedikit aktiviti ringkas yang menarik menjadi sedikit ramuan keberkesanan penyampaian isi ceramah kepada para peserta. Alhamdulillah, maklumbalas yang positif diberikan oleh pihak sekolah dan para peserta tentang program ini.

Kami dari pihak QSTC mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak sekolah atas jemputan ini. Kami memohon maaf atas kekurangan kami menyampaikan slot ini.

Saturday 18 February 2012

Kem Kepimpinan SRI Al-Hafidz, Telipok, Sabah

 18 Februari 2012 - Bertempat di Sekolah Rendah Islam (SRI) Al-Hafidz, Telipok, Sabah , satu slot Muhasabah sempena Kem Kepimpinan SRI Al-Hafidz telah dikendalikan oleh pihak QSTC. Pelajar-pelajar ini berada dalam lingkungan Darjah Satu hingga Tiga.

Seperti biasa, penceramah akan memberikan modul-modul regangan fizikal dan senaman otak sebelum membawa para peserta untuk ke slot muhasabah. 

Pihak kami amat tersentuh apabila, seawal usia yang sangat muda ini, mereka mampu memahami dan mengenal erti kehidupan. apabila penceramah mengajak untuk merasai kehadiran Allah dalam hati mereka dengan iringan Zikir-zikir mengucap nama Allah, mereka menangis kerana bersama-sama mengingat Allah.

Kami mendoakan semoga para peserta ini menjadi insan yang berguna dan bermanfaat kepada Agama. 

Insyaallah.
 
 
 
 
 
 

Friday 17 February 2012

Slot Motivasi Sekolah Agama Rakyat (SAR), Kuala Menggatal, Sabah.

 17 Februari 2012 - Hari Jumaat, penghulu segala hari dimulakan dengan slot motivasi bersama pelajar-pelajar Darjah Satu hingga Tiga Sekolah Agama Rakyat (SAR) Kuala Menggatal, Sabah. 

Slot santai ini diisi dengan kefahaman tentang kehebatan Islam serta kegemilangan umat-umat terdahulu. Pihak QSTC banyak menggunakan pendekatan dan penyampaian melalui tayangan video. Ternyata, melalui pendekatan ini mampu menarik minat pelajar untuk memahami Islam dengan lebih mendalam.

Walaupun ringkas sahaja slot ini, namun, diharapkan semoga adik-adik dapat memanfaatkan segala ilmu yang dikongsikan.

Terima Kasih.
 
 
 

Sunday 12 February 2012

Kem Kerohanian SM St Michael,Penampang, SABAH

Assalamualaikum, Alhamdulillah, baru-baru ini iaitu pada 10-12 Februari 2012 yang lalu, pihak Quest Solution Training & Consultancy telah dijemput oleh pihak Sek Men St Michael, Penampang, Sabah untuk mengendalikan satu program yang dinamakan Kem Kerohanian.

Objektif yang digariskan dalam kem ini ialah membantu para peserta dalam pembentukan sahsiah diri yang lebih baik seperti yang dituntut oleh agama.

Kem tiga hari dua malam ini telah disertai seramai 24 peserta Islam yang terdiri daripada pelajar-pelajar tingkatan 1 dan 5. Dalam kem ini, kami telah mengenengahkan modul A.I.S iaitu modul yang menerapkan pemahaman tentang Akidah, Ibadah dan Sahsiah.

Alhamdulillah, kem ini telah mendapat maklumbalas yang sangat memberangsangkan sama ada daripada pihak pengetua, pihak pengurusan, guru-guru mahupun pihak pelajar sek ini.

Diharapkan agar peserta-peserta kem dapat memanfaatkan segala input-input yang bermanfaat yang dikongsikan sepanjang program ini dijalankan.

Kami juga dari pihak QS memohon maaf atas kekurangan kami mengendalikan kem ini. Terima kasih atas kepercayaan yang diberikan kepada pihak kami.

Thursday 9 February 2012

Program Orientasi Asrama, SMK Likas, Sabah.

 9 Februari 2012 - Pihak QSTC sekali lagi dijemput untuk berkongsi ilmu dan pengalaman bersama palajar-palajar baru SMK Likas, Sabah. Slot yang diperuntukkan bermula selepas solat Isyak sehinggalah minum malam.

Slot dimulakan dengan sedikit aktiviti ringan dan ringkas sebagai regangan fizikal dan senaman otak sebelum penceramah membawa pelajar-pelajar untuk berfikir tentang kehidupan. Ternyata, melalui aktiviti ringkas dan ringan itu mampu memecahkan ruang komunikasi, dan pelajar mula tidak kekok dengan penceramah yang julung-julung kali datang ke sekolah memberikan perkongsian bersama mereka.

Selepas itu, pihak QSTC juga berkongsi tips tentang kaedah untuk menghayati, merasai dan mengingati sesuatu. Slot ini berakhir pada jam kira-kira 11 malam.

Semoga dengan sedikit pertemuan yang ringkas ini mampu mengetuk pintu hati para peserta dan semua orang yang hadir tentang erti kehidupan yang sebenar.

Sekali lagi, pihak QSTC mengucapkan terima kasih kepada pihak SMK Likas atas kesudian menjemput kami hadir sama dalam program orientasi asrama itu. Kami juga memohon maaf atas kekurangan kami menyampaikan ilmu kepada para peserta.
 

Saturday 4 February 2012

Program Selami Jiwa Bersama anak-anak Yatim dan Miskin Sungai Pinang, Klang.

4 Feb 2012- Sg. Pinang, Klang. Rumah  Pertubuhan  Kebajikan Anak Yatim & Miskin Sg. Pinang,Klang meriah dengan kehadiran 4 srikandi QS bersama dengan Pengarah Urusannya, En. Mohd Al-Amin b Utoh Said. Antara Serikandi yang hadir kali ini adalah Cik Khairunnisa, Cik Hidayah, Cik Azimah dan Cik Siti Awiyah.

                Aktiviti pertama yang dijalankan berlangsung pada pukul 11 lebih dimulai dengan senaman ringan kerana adik-adik yang menjadi peserta adalah adik yang berumur  6 – 19 tahun. Lebih kurang 20-30 adik-adik telah menyertai slot kali ini.

                Seterusnya, satu modul senaman otak di jalankan. Kali ini En. Amin sendiri yang menjadi mentor kepada adik-adik. Sekali lagi adik-adik kelihatan begitu terhibur dengan senaman tersebut. Setelah berseronok, tidak lengkap jika masa yang ada tidak diisi dengan pengisian jiwa sesuai dengan hasrat syarikat untuk memberikan sesuatu yang mampu mengubah seseorang peserta menjadi lebih baik, maka dengan itu, Cik Azimah mengambil tempat untuk menjadi mentor dalam slot Pengisian Hati. Jiwa adik-adik disoal mengenai penghayatan doa dan solat itu sendiri dan perkaitannya dalam memohon keberkatan dan kejayaan dalam hidup. Rata-rata peserta menginginkan kejayaan namun, ramai yang hanya menuturkan dimulut saja, bukan dengan tindakan. Perkara ini dibuktikan apabila Cik Azimah meminta setiap orang membaca doa yang dibaca untuk memohon kejayaan, hanya segelintir saja yang boleh melafazkannya..

                Selepas itu, adik-adik telah diberi pengisian mengenai dunia realiti mengenai cinta dan cita-cita. Oleh En. Amin. Dengan iringan muzik latar, adik-adik kelihatan menumpukan perhatian ,walaupun ada beberapa orang dari mereka yang begitu aktif memberi respon yang kadang-kadang diluar jangkaan namun mencuit hati!

                Group Binding diadakan sejurus selesai slot En. Amin untuk lebih menyelami hati para peserta. 4 kumpulan telah dibentuk dan setiap dari Pegawai QS mengambil peranan masing-masing dan di pantau oleh En. Amin. Hasilnya, para peserta mendapat satu kepercayaan dalam diri masing-masing bahawa peluang untuk Berjaya ada dalam setiap orang, Cuma tinggal usaha dan tindakan sahaja. Alhamdulillah dalam pukul 1 petang menghampiri pukul dua , para peserta dilepaskan untuk makan dan solat Zuhur.

                Sesungguhnya, menyantuni insan-insan yang kurang bernasib baik seperti ini, mendekatkan diri kita kepada ALLAh dan Rasul-Nya. Semoga ada insan diluar sana yang akan turut menyumbangkan harta mahupun tenaga amal di rumah ini, hati-hati yang ada di sini dahagakan perhatian dan kasih sayang.  Mereka benar-benar memerlukan sokongan dan dorongan..Moga ALLAH redha!

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | 100 Web Hosting