Saturday 4 February 2012

Program Selami Jiwa Bersama anak-anak Yatim dan Miskin Sungai Pinang, Klang.

4 Feb 2012- Sg. Pinang, Klang. Rumah  Pertubuhan  Kebajikan Anak Yatim & Miskin Sg. Pinang,Klang meriah dengan kehadiran 4 srikandi QS bersama dengan Pengarah Urusannya, En. Mohd Al-Amin b Utoh Said. Antara Serikandi yang hadir kali ini adalah Cik Khairunnisa, Cik Hidayah, Cik Azimah dan Cik Siti Awiyah.

                Aktiviti pertama yang dijalankan berlangsung pada pukul 11 lebih dimulai dengan senaman ringan kerana adik-adik yang menjadi peserta adalah adik yang berumur  6 – 19 tahun. Lebih kurang 20-30 adik-adik telah menyertai slot kali ini.

                Seterusnya, satu modul senaman otak di jalankan. Kali ini En. Amin sendiri yang menjadi mentor kepada adik-adik. Sekali lagi adik-adik kelihatan begitu terhibur dengan senaman tersebut. Setelah berseronok, tidak lengkap jika masa yang ada tidak diisi dengan pengisian jiwa sesuai dengan hasrat syarikat untuk memberikan sesuatu yang mampu mengubah seseorang peserta menjadi lebih baik, maka dengan itu, Cik Azimah mengambil tempat untuk menjadi mentor dalam slot Pengisian Hati. Jiwa adik-adik disoal mengenai penghayatan doa dan solat itu sendiri dan perkaitannya dalam memohon keberkatan dan kejayaan dalam hidup. Rata-rata peserta menginginkan kejayaan namun, ramai yang hanya menuturkan dimulut saja, bukan dengan tindakan. Perkara ini dibuktikan apabila Cik Azimah meminta setiap orang membaca doa yang dibaca untuk memohon kejayaan, hanya segelintir saja yang boleh melafazkannya..

                Selepas itu, adik-adik telah diberi pengisian mengenai dunia realiti mengenai cinta dan cita-cita. Oleh En. Amin. Dengan iringan muzik latar, adik-adik kelihatan menumpukan perhatian ,walaupun ada beberapa orang dari mereka yang begitu aktif memberi respon yang kadang-kadang diluar jangkaan namun mencuit hati!

                Group Binding diadakan sejurus selesai slot En. Amin untuk lebih menyelami hati para peserta. 4 kumpulan telah dibentuk dan setiap dari Pegawai QS mengambil peranan masing-masing dan di pantau oleh En. Amin. Hasilnya, para peserta mendapat satu kepercayaan dalam diri masing-masing bahawa peluang untuk Berjaya ada dalam setiap orang, Cuma tinggal usaha dan tindakan sahaja. Alhamdulillah dalam pukul 1 petang menghampiri pukul dua , para peserta dilepaskan untuk makan dan solat Zuhur.

                Sesungguhnya, menyantuni insan-insan yang kurang bernasib baik seperti ini, mendekatkan diri kita kepada ALLAh dan Rasul-Nya. Semoga ada insan diluar sana yang akan turut menyumbangkan harta mahupun tenaga amal di rumah ini, hati-hati yang ada di sini dahagakan perhatian dan kasih sayang.  Mereka benar-benar memerlukan sokongan dan dorongan..Moga ALLAH redha!

0 comments:

Post a Comment

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | 100 Web Hosting