Sunday 11 March 2012

Kem Remaja Islam (KRIS), SMK Datuk Peter Mojuntin, Penampang, SABAH.


Hutan Lipur Kawang, Papar, SABAH - Pada tanggal 9-11 Mac 2012 yang lalu, QSTC telah dijemput oleh SMK Datuk Peter Mojuntin, Penampang, Sabah untuk berkongsi ilmu dan pengalaman dalam program Kem Remaja Islam (KRIS) untuk tahun 2012. Program ini merupakan kali ke-3 diadakan oleh sekolah berkenaan.

Seramai lebih kurag 87 orang peserta telah mengikuti program ini dan seramai 9 fasilitator dari QSTC telah bersinergi untuk menjayakan program tiga hari dua malam ini. 

Empat objektif telah  digariskan dalam program ini iaitu :
  1. Memperkukuhkan ilmu sebagai landasan meningkatkan iman para peserta.
  2. Memperkemaskan peribadi sebagai pelajar Islam dengan akhlak mulia yang menjadi tuntutan agama dan peribadi Rasulullah SAw sebagai tauladan utama.
  3. Memperkasakan kekuatan ilmu dan rohani dalam beramal secara istiqamah pada tuntutan Islam yang syumul.
  4. Mengeratkan sillaturahim warga SMK DPM yang beragama Islam.
Banyak modul dan LDK (Latihan Dalam Kumpulan) telah diselitkan sepanjang program ini berlangsung. Antaranya, modul 'Ice Breaking', Santai Minda, Sketsa Ibadah, Candle War, Modul Kematian, Explorace dan banyak lagi.

Alhamdulillah, dengan sokongan dan bantuan dari pihak sekolah melicinkan lagi perjalanan program ini. Menariknya program kali ini ialah, ianya melibatkan peserta-peserta yang mempunyai kelainan kemampuan iaitu bisu dan pekak lebih kurang seramai 28 orang, namun, alhamdulillah, terdapat sukarelawan yang membantu menterjemahkan pengisian dalam bentuk yang mereka fahami.

Kami dari pihak QSTC mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak sekolah kerana sudi menjemput kami mengendalikan program ini, dan kami juga memohon kemaafan atas segala kekurangan kami mengendalikan program ini.

Sunday 4 March 2012

Qiamullail Perdana PSS & KRU Feb 2012 Kota Kinabalu & Tuaran, Sabah


Masjid An-Nur,Tuaran, SABAH - Pada tanggal 3-4 Mac 2012, QSTC telah dijemput untuk mengendali program Qiamullail Perdana PSS (Persatuan Siswazah Sabah) & KRU (Kelab Remaja Ukhuwwah) Tuaran, Sabah. Seramai lebih kurang 150 orang peserta telah mengikuti program ini. Tema yang dipilih untuk Qiamullail Perdana pada kali ini adalah 'Komunikasi'.
Peserta terdiri daripada pelbagai peringkat umur, iaitu seawal peringkat sekolah rendah sehinggalah sekolah menengah. Seorang Penghulu dan Penghuluwati telah dipilih untuk melatih sifat kepimpinan dikalangan para peserta. Seusai slot Ice Breaking, para peserta telah dipecahkan kepada beberapa kumpulan dan sesi berkenalan dilaksanakan. Setiap kumpulan juga dikehendaki untuk mencipta nama kumpulan yang mengandungi pertaan 'Cakap'. Antara nama kumpulan yang dipilih adalah seperti, kumpulan 'Cakap Comel-comel', 'Cakap Buat', 'Cakap Bah', 'Kamu Pandai Cakap?', 'Banyak Cakap' dan banyak lagi.

Sejurus selepas itu, setiap kumpulan diberi tugasan untuk mempersembahkan mengikut tema-tema yang telah ditetapkan mengenai komunikasi seperti 'Motivasi', 'Marah', 'Tempur' dan sebagainya. Seperti biasa, sebelum, slot pada waktu malam tamat, para peserta dihidangkan dengan slot istimewa iaitu slot muhasabah, yang mengingatkan kita tentang adab-adab apabila berkata-kata.

Semoga program ini mendatangkan manfaat kepada para peserta dan AJK secara keseluruhannya.

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | 100 Web Hosting