Sunday, 6 May 2012

20 APRIL 2012 : SK. RAMPAYAN : SLOT MOTIVASI "MINGGU PUSAT SUMBER"

Alhamdulillah, pada tanggal 20 april 2012, pihak QSTC telah dijemput untuk berkongsi sedikit ilmu dan pengalaman bersama adik-adik tahun 1 hingga tahun 6 SK. Rampayan..Dalam slot ini, pihak QSTC telah berkongsi tentang cara-cara berfikir secara genius dan motivasi diri di samping memupuk semangat suka membaca dikalangan adik-adik cilik ini..Terima kasih kepada pihak sekolah kerana memberi telah kami kepercayaan untuk menyampaikan slot ini sebagai penutup MINGGU PUSAT SUMBER sekolah ini yang mana telah dijalankan selama seminggu.

Pihak QSTC mengharap perkongsian yang telah diberikan pada slot ini mendapat manfaat yang baik kepada para pelajar.

Akhir Kalam, "Mohon Maaf Di atas Segala Kekurangan dan Semoga Kita Berjumpa Lagi.." :D






Friday, 4 May 2012

25 APRIL 2012 : SMK MEMBAKUT II : "PROGRAM PUTERIKU SAYANG"


Alhamdulillah, syukur pada Allah SWT, pada tanggal 25/4/2012 pihak QSTC telah dijemput oleh UNIT PELAJAR PEREMPUAN / PANITIA PENDIDIKAN MORAL DAN PANITIA PENDIDIKAN ISLAM  SMK. MEMBAKUT II untuk menjalankan sebuah program khas buat pelajar puteri sekolah ini dari tingkatan 1 hingga tingkatan 6 atas. Program ini menekankan tentang persediaan serta pemahaman daripada aspek pemeliharaan diri para remaji untuk berhadapan dengan permasalahan gejala sosial yang begitu meruncing pada saat ini. Di samping itu, sedikit perkongsian tentang aspek akademik juga ditekankan dalam program ini. InsyaALLAH moga usaha setiap insan yang bertungkus-lumus didalam menganjur dan menjayakan program ini mendapat keberkatan dari Allah SWT dan dapat memberi manfaat kepada setiap yang hadir bersama dalam program ini..
Kami daripada pihak QSTC sangat berbesar hati dan berterima kasih kepada pihak penganjur kerana sudi menjemput dan memberi ruang kepada kami untuk berkongsi ilmu dan menambahkan lagi ilmu serta pengalaman kami dalam dunia SMK MEMBAKUT II..

Akhir kalam, MOGA ALLAH REDHA... :D

Adik-adik peserta dan guru-guru SMK MEMBAKUT II sangat sporting dan BEST!!!

Wallahu'alam..

























1 MEI 2012 : "HARI MUSLIMAH" SMKA. TUN DATU MUSTAPHA


Alhamdulillah, syukur pada Allah kerana masih memberi ruang kepada ahli-ahli QSTC untuk membuat amal jariah berupa myampaikan ilmu yang bermanfaat kepada adik-adik Muslimah SMKA TUN DATU MUSTAPHA..Terima kasih juga kami ucapkan kepada pihak penganjur Ustaz Nizam serta persatuan BADAR sekolah ini yang telah sudi menjemput kami untuk bersama-sama menjayakan Program HARI MUSLIMAH ini yang mana disertai oleh pelajar-pelajar muslimah tingkatan 1 hingga tingkatan 6 sekolah ini.

Mudah-mudahan, slot "KEMBALI MENJAGA FITRAH" yang kami kongsikan bersama para pelajar mendapat keberkatan daripada Allah SWT, dan semua adik-adik pelajar dapat menimba sesuatu serta manfaat yang baik dari apa yang kita kongsikan bersama..

Akhir kata "MOGA ALLAH REDHA" dengan apa yang kita usahakan ini..












                                                            



Adik-adik SMKA TUN DATU MUSTAPHA & USTAZ NIZAM mmg COOLLL!!! :D

Wallahu'alam.. :D

Friday, 13 April 2012

CELIK QUR'AN, AKHLAK KARIMAH



   
                                         PROGRAM CUTI SEKOLAH, MEI 2012

"CELIK AL-QUR'AN, AKHLAK KAREEMAH"
 
  • MENGGABUNGKAN KOMPONEN ILMIAH + PENDIDIKAN + MOTIVASI + HIBURAN
  • PENDEKATAN YANG LEBIH PRAKTIKAL DAN SANTAI DALAM MENDIDIK ANAK-ANAK.
  • MODUL PENDIDIKAN YANG TELAH TERBUKTI BERKESAN KEPADA PESERTA-PESERTA SEBELUM INI.
  • MEMPELAJARI BAHASA ARAB @ BAHASA AL-QUR'AN SECARA LEBIH INTENSIF DAN PRAKTIKAL OLEH PENGAJAR YANG BERBANGSA ARAB DAN BERPENGALAMAN LUAS MENGAJAR B.ARAB KEPADA BUKAN BANGSA ARAB.
  • MEMPELAJARI ILMU-ILMU TAJWEED, SECARA TEORI DAN PRAKTIKAL TERUS BERSAMA KETUA PELATIH YANG MENDAPAT SANAD.
  • MODUL MOTIVASI YANG LEBIH KREATIF DENGAN MENGGABUNG ELEMEN HIBURAN DAN MOTIVASI. TELAH TERBUKTI BERKESAN DARIPADA TESTIMONI YANG DIPEROLEHI MELALUI KEM MELODI ANAK SOLEH.
  • PRAKTIKAL PENGURUSAN KENDIRI YANG JARANG DITERAPKAN TETAPI SANGAT PENTING DALAM KEHIDUPAN HARIAN ANAK-ANAK.
  • PRAKTIKAL PENGURUSAN JENAZAH, ANTARA FARDHU KIFAYAH YANG MANA SANGAT BERTUAHLAH SEKIRANYA JENAZAH KITA ESOK DIKENDALIKAN SENDIRI OLEH ANAK-ANAK KITA.


 
testimoni.jpg


Sunday, 11 March 2012

Kem Remaja Islam (KRIS), SMK Datuk Peter Mojuntin, Penampang, SABAH.


Hutan Lipur Kawang, Papar, SABAH - Pada tanggal 9-11 Mac 2012 yang lalu, QSTC telah dijemput oleh SMK Datuk Peter Mojuntin, Penampang, Sabah untuk berkongsi ilmu dan pengalaman dalam program Kem Remaja Islam (KRIS) untuk tahun 2012. Program ini merupakan kali ke-3 diadakan oleh sekolah berkenaan.

Seramai lebih kurag 87 orang peserta telah mengikuti program ini dan seramai 9 fasilitator dari QSTC telah bersinergi untuk menjayakan program tiga hari dua malam ini. 

Empat objektif telah  digariskan dalam program ini iaitu :
  1. Memperkukuhkan ilmu sebagai landasan meningkatkan iman para peserta.
  2. Memperkemaskan peribadi sebagai pelajar Islam dengan akhlak mulia yang menjadi tuntutan agama dan peribadi Rasulullah SAw sebagai tauladan utama.
  3. Memperkasakan kekuatan ilmu dan rohani dalam beramal secara istiqamah pada tuntutan Islam yang syumul.
  4. Mengeratkan sillaturahim warga SMK DPM yang beragama Islam.
Banyak modul dan LDK (Latihan Dalam Kumpulan) telah diselitkan sepanjang program ini berlangsung. Antaranya, modul 'Ice Breaking', Santai Minda, Sketsa Ibadah, Candle War, Modul Kematian, Explorace dan banyak lagi.

Alhamdulillah, dengan sokongan dan bantuan dari pihak sekolah melicinkan lagi perjalanan program ini. Menariknya program kali ini ialah, ianya melibatkan peserta-peserta yang mempunyai kelainan kemampuan iaitu bisu dan pekak lebih kurang seramai 28 orang, namun, alhamdulillah, terdapat sukarelawan yang membantu menterjemahkan pengisian dalam bentuk yang mereka fahami.

Kami dari pihak QSTC mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak sekolah kerana sudi menjemput kami mengendalikan program ini, dan kami juga memohon kemaafan atas segala kekurangan kami mengendalikan program ini.

Sunday, 4 March 2012

Qiamullail Perdana PSS & KRU Feb 2012 Kota Kinabalu & Tuaran, Sabah


Masjid An-Nur,Tuaran, SABAH - Pada tanggal 3-4 Mac 2012, QSTC telah dijemput untuk mengendali program Qiamullail Perdana PSS (Persatuan Siswazah Sabah) & KRU (Kelab Remaja Ukhuwwah) Tuaran, Sabah. Seramai lebih kurang 150 orang peserta telah mengikuti program ini. Tema yang dipilih untuk Qiamullail Perdana pada kali ini adalah 'Komunikasi'.
Peserta terdiri daripada pelbagai peringkat umur, iaitu seawal peringkat sekolah rendah sehinggalah sekolah menengah. Seorang Penghulu dan Penghuluwati telah dipilih untuk melatih sifat kepimpinan dikalangan para peserta. Seusai slot Ice Breaking, para peserta telah dipecahkan kepada beberapa kumpulan dan sesi berkenalan dilaksanakan. Setiap kumpulan juga dikehendaki untuk mencipta nama kumpulan yang mengandungi pertaan 'Cakap'. Antara nama kumpulan yang dipilih adalah seperti, kumpulan 'Cakap Comel-comel', 'Cakap Buat', 'Cakap Bah', 'Kamu Pandai Cakap?', 'Banyak Cakap' dan banyak lagi.

Sejurus selepas itu, setiap kumpulan diberi tugasan untuk mempersembahkan mengikut tema-tema yang telah ditetapkan mengenai komunikasi seperti 'Motivasi', 'Marah', 'Tempur' dan sebagainya. Seperti biasa, sebelum, slot pada waktu malam tamat, para peserta dihidangkan dengan slot istimewa iaitu slot muhasabah, yang mengingatkan kita tentang adab-adab apabila berkata-kata.

Semoga program ini mendatangkan manfaat kepada para peserta dan AJK secara keseluruhannya.

Sunday, 26 February 2012

Qiamullail Perdana PSS & KRU Feb 2012 Beaufort, Sabah



Masjid Pekan, Beaufort, SABAH - Pada tarikh 25 Februari 2012, QSTC telah dijemput oleh salah satu NGO iaitu Persatuan Siswazah Sabah (PSS) untuk mengendalikan slot Muhasabah pada sebelah malam. Program pada kali ini memilih tema 'Di Penghujung Cinta'. Sesuai dengan tema program yang telah dipilih, pihak QSTC telah menonjol peringkat-peringkat cinta dalam penyampaiannya.

Walaupun singkat, namun, diharapkan ianya mampu menganjakkan lagi cinta kita kepada manusia, Rasulullah dan Allah.

Friday, 24 February 2012

Salam Maulidurrasul, SMK Sanzac, Kota Kinabalu, SABAH


SMK Sanzac, Kota Kinabalu, SABAH - Pada tanggal 24 Februari 2012, QSTC telah dijemput untuk menyampaikan ceramah tentang Rasulullah sempena program Salam Maulidurasul. Slot ringkas lebih kurang tiga jam ini, ternyata membawa para peserta yang terdiri daripada pelajar tingkatan satu hingga tiga mengenang dan mengenal Rasulullah dan sumbangannya kepada umat manusia.

Sedikit aktiviti ringkas yang menarik menjadi sedikit ramuan keberkesanan penyampaian isi ceramah kepada para peserta. Alhamdulillah, maklumbalas yang positif diberikan oleh pihak sekolah dan para peserta tentang program ini.

Kami dari pihak QSTC mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak sekolah atas jemputan ini. Kami memohon maaf atas kekurangan kami menyampaikan slot ini.

Saturday, 18 February 2012

Kem Kepimpinan SRI Al-Hafidz, Telipok, Sabah

 18 Februari 2012 - Bertempat di Sekolah Rendah Islam (SRI) Al-Hafidz, Telipok, Sabah , satu slot Muhasabah sempena Kem Kepimpinan SRI Al-Hafidz telah dikendalikan oleh pihak QSTC. Pelajar-pelajar ini berada dalam lingkungan Darjah Satu hingga Tiga.

Seperti biasa, penceramah akan memberikan modul-modul regangan fizikal dan senaman otak sebelum membawa para peserta untuk ke slot muhasabah. 

Pihak kami amat tersentuh apabila, seawal usia yang sangat muda ini, mereka mampu memahami dan mengenal erti kehidupan. apabila penceramah mengajak untuk merasai kehadiran Allah dalam hati mereka dengan iringan Zikir-zikir mengucap nama Allah, mereka menangis kerana bersama-sama mengingat Allah.

Kami mendoakan semoga para peserta ini menjadi insan yang berguna dan bermanfaat kepada Agama. 

Insyaallah.
 
 
 
 
 
 

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | 100 Web Hosting