Hutan Lipur Kawang, Papar, SABAH - Pada tanggal 9-11 Mac 2012 yang lalu, QSTC telah dijemput oleh SMK Datuk Peter Mojuntin, Penampang, Sabah untuk berkongsi ilmu dan pengalaman dalam program Kem Remaja Islam (KRIS) untuk tahun 2012. Program ini merupakan kali ke-3 diadakan oleh sekolah berkenaan.
Seramai lebih kurag 87 orang peserta telah mengikuti program ini dan seramai 9 fasilitator dari QSTC telah bersinergi untuk menjayakan program tiga hari dua malam ini.
Empat objektif telah digariskan dalam program ini iaitu :
- Memperkukuhkan ilmu sebagai landasan meningkatkan iman para peserta.
- Memperkemaskan peribadi sebagai pelajar Islam dengan akhlak mulia yang menjadi tuntutan agama dan peribadi Rasulullah SAw sebagai tauladan utama.
- Memperkasakan kekuatan ilmu dan rohani dalam beramal secara istiqamah pada tuntutan Islam yang syumul.
- Mengeratkan sillaturahim warga SMK DPM yang beragama Islam.
Banyak modul dan LDK (Latihan Dalam Kumpulan) telah diselitkan sepanjang program ini berlangsung. Antaranya, modul 'Ice Breaking', Santai Minda, Sketsa Ibadah, Candle War, Modul Kematian, Explorace dan banyak lagi.
Alhamdulillah, dengan sokongan dan bantuan dari pihak sekolah melicinkan lagi perjalanan program ini. Menariknya program kali ini ialah, ianya melibatkan peserta-peserta yang mempunyai kelainan kemampuan iaitu bisu dan pekak lebih kurang seramai 28 orang, namun, alhamdulillah, terdapat sukarelawan yang membantu menterjemahkan pengisian dalam bentuk yang mereka fahami.
Kami dari pihak QSTC mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak sekolah kerana sudi menjemput kami mengendalikan program ini, dan kami juga memohon kemaafan atas segala kekurangan kami mengendalikan program ini.